Sebagai peringatan bersama, Magrhib hari ini iaitu 4 Julai 2012 akan masuklah 15 Syaaban 1433H iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini kita disunat menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Semoga ini menjadi peringatan bersama untuk menghidupkam amalan Nisfu Syaaban.
PAKEJ KOREA MURAH 2020, hanya RM3090 sahaja!!
4 years ago
No comments:
Post a Comment