Indahnya saat cinta bersatu.. ahaksss.. (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

sayang kamuuu... (",)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 24, 2010

::: Senarai Semak Untuk Bakal Pengantin PART 3 :::

Ehh..ade lagi senarai semak ni.. aku pun da semak otak da..haha..
haip..jgn camtu.. nak kahwin ni sekali seumur hidup..so kne la buat betul2 kan.. kalau ade yg ter'miss' tu.. nyesal xsudah plak.. xmo camtu xmo.. hihi..

 3 Bulan Sebelum..

1. 
Memilih dan mencetak kad jemputan.. haha.. ini bergantung kepada bujet masing2.. nak cantik bujet mesti cantik lah.. kalau nak yang simple2 tu dengan harga kurang dari rm1 da bole dpt cantik da sebenar yer.. bergantunglah pada selera anda dan selera poket anda.. x gituuu?
 
2.
Mengesahkan tempahan.. haa ni sgt2 penting.. korang perlu contact balik mak andam ke katering ke khemah atau pun ape2 je yang da korang tempah untuk pastikan yg dah kompem2 nak wat majlis ni.. selalu yer beserta deposit la.. kalau sebelum ni da bagi.. terpulanglah.. kalau nak bagi lagi pun xpe.. tapi jgn la byr semua.. takut ade yang tertipu.. susah sendiri jugak nanti.. kannn...

3.
Rawatan intensif muka dan rambut.. ni untuk mereka yang masih ade bujet.. untuk yang da semput2 tu amalkan petua sendiri jela.. ape petua yer.. emm next entri oke.. 

ini bagi pengantin lelaki sahaja.. penting!!!

4.
 Memaklumkan kepada saudara mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan.. boleh dorang apply cuti awal2 dan prepare ape yang patut.. Ini untuk mengelakkan ade yang xboleh hadir.. selalunya dorang mesti nak ikut pergi rombongankan?

5.
Kenal pasti berapa orang (saudara mara @ jiran2) yang akan menyertai rombongan.. ada sesetengah tempat pihak lelaki akan bagi duit makan kepada pihak perempuan berdasarkan jumlah rombongan yang hadir.. dan memudahkan kerja bakal isteri menyediakan tempat makan @ doorgift yang special untuk rombongan belah lelaki.. karang janji 5 buah kete yg dtg 1 bas kau.. mano nak sumbek time 2.. lu pikir la sendiri.. (ini adalah berdasarkan pengalaman kawan2, n mereka yg sewaktu dengan yer..)


ini bagi pengantin perempuan pulak.. pun penting!!!   

6.
Kenalpasti 2 orang saksi untuk majlis pernikahan korang.. bagi yang kematian bapa sila pastikan siapa wali korang.. pasal ni korang bole rujuk susunan wali ..

7. 
Jika anda tidak mempunyai wali nikah.. sila dapatkan wali hakim dari mana2 Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.. 

 so.. camne.. oke x? emm harap sedikit sebanyak bole tolong bakal2 pengantin yang tengah blur2 lagi tu.. aku pun camtu jugak..hihihi.. nest entri..2 bulan sebelum plak.. tungguuuu..

salam sayang dari sigemuk VNAZ(^_^") ...
 

Share IT!

follow me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...