salam semua.. dah nak masuk 1 Muharram 1432H kan.. sekejap betul mase berlalu.. tadi asik meng'google' berkenaan Maal Hijrah ni.. terbacalah hikmah membaca doa akhir tahun dan awal tahun ni.. s0 rase cam nak kongsi plak.. semoga sedikit sebanyak memberi panduan untuk kita..
*****
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt daripada kejahatan syaitan dan manusia Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
(sumber JAKIM)
p/s: emmm.. azam tahun sebelum ni da terbuat ker? sama2 lah kita berubah kearah kebaikan.. semoga tahun baru ini lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya..
salam sayang dari si gemuk VNAZ (^_^")