Indahnya saat cinta bersatu.. ahaksss.. (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

sayang kamuuu... (",)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 20, 2009

Manusia mulut PUAKA!!

Kawan..teman..sahabat.. sama sahaja pengertiannya.. Umi aku pernah pesan berkawan biar beribu..bercinta biarlah satu.. dan aku amat suka berkawan dengan orang yg sudi berkawan dengan aku..
DAN aku ada ramai kwn,mcm2 jenis manusia aku jumpa.. Ada yg baik, ada yg sebaliknya..
Tp aku ni jenis mudah berkawan dengan sesiapa saja. Janji orang tu baik dengan aku dan InsyaAllah aku akan membalas segala kebaikan mereka itu dengan sedaya upaya aku.
Dan antara kawan2 yang aku ada aku amat mempercayai seorang manusia ni. Pada mulanya aku tidaklah rapat sangat dengan manusia ni, tp lama kelamaan bila orang selalu melayan kita dengan baik aku mula boleh menerima manusia ini sebagai teman yg boleh dikatakan rapat.
Mungkin kerana kebaikan manusia itu aku amat percaya yang manusia ini adalah seorang yg JUJUR.. Aku selalu berkongsi pendapat dan nasihat, kadang2 aku menceritakan masalah aku kat manusia ni.. SERONOK bila ada kawan yg selalu ada dekat dgn kita.. Tp malang sgt manusia yg amat aku percayai ni rupa2nya menjadikan aku sbgai bahan bercerita (bahan umpatan) dengan geng2 dia yg lain.. siap bg nasi tambah lg bg cite best..

Ya Allah.. apa dosa yg aku buat kat manusia ni sampai tergamak menjaja cerita aku dekat orang lain.. Adakah sekadar memenuhi masa lapang? atau sekadar borak2, akibat terlalu banyak borak sampai dah xde bahan nk dijadikan isu..mulalah keluar isu org ini begini, org itu begitu, adakah manusia ini terlalu SEMPURNA sehinggakan org2 di sekeliling dilihat sentiasa melakukan kasalahan.. Mungkin manusia ini rela dirinya digelarkan manusia mulut PUAKA!!

Mungkin ini adalah peringatan utk aku supaya tidak terlalu mempercayai manusia ini atau yg sewaktu dengannya.. mungkin aku perlu menutup mulut dari mengadu nasib atau bercerita apa sahaja yg berkaitan dengan hidup aku dengan manusia ini.. Semoga manusia ini mendapat balasan dengan apa yg telah dilakukan pada aku atau pun mangsa2nya sebelum ini.. Aku juga hamba Allah yg lemah n kdg2 khilaf dlm membuat pertimbangan dan mungkin ini adalah balasan di dunia utk aku..

Semoga Tuhan Mengampuni Segala Dosa2 aku..

(sambil taip entri ni, air mata aku mcm nk tersembur2 keluar cm cite kartun tu.. tp aku tahan sbb ada kat office..karang boss pelik tgk aku..huhu..) cerita kat atas ni baru sahaj terjadi//itu yg emo semacam masa taip ni..emmm inilah Dunia.. so sesiapa yg ada kawan tu jgn lah wat kwn anda mcm ni..klu kita sendiri yg rasa pengalaman jd bahan umpatan ni..taulah mcm mana sedih n sakitnya hati sedangkan kdg2 cite xbetul pun, xpun benda skit tp dibesar2kan.. hai..xtau nk ckp ape dah.. berdoa sajalah semoga kita tidak tergolong dlm MANUSIA MULUT PUAKA!!
hahaha..walau pun mcm kasar bunyinya..tp itu lah dia tajuk entri aku kali ni..wassalam..

No comments:

Share IT!

follow me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...