Salam Aidiladha utk semua umat Islam Di seluruh dunia..
post ni aku hanya copy paste je maksud Aidiladha dari internet..
bkn pe..nak same2 menghayati apa maksud di Aidiladha ni bkn sekadar menyambut Hari Raya je..
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
so ada paham? hehe..mcm mengajar plak.. sebenarnya banyak lagi penerang tentang Hari Raya Qurban ni.. klu nk tau secara panjang lebarnya blh la pergi ke link di bawah :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha
Untuk sesapa yg nk balik kg tu..semoga anda selamat sampai ke destinasi yg di tuju.. aku pun nk blk kg gak esok..InsyaAllah klu xde pape mungkin petang esok bertolak balik kelantan..harap2 xde pape lah..sbb dengar cerita banjir agak teruk di kelantan.. tawakal jelah.. doakan aku selamat.. jumpa lagi..InsyaAllah..
Pakej ke Perth 2020 Murah, HANYA RM3490 sahaja!
4 years ago
No comments:
Post a Comment