Indahnya saat cinta bersatu.. ahaksss.. (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

sayang kamuuu... (",)

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 12, 2013

KEDAI / RUANG PEJABAT UNTUK DISEWA

KEDAI / RUANG PEJABAT UNTUK DISEWA

Kepada sesiapa yang sedang mencari Kedai/Ruang Pejabat untuk disewa
area RAWANG & KOTA BHARU boleh contact NIK 011-14909060


Tuesday, November 26, 2013

Family Combo!! Qaseh Gold

Assalamualaikum Semua!!!

Bujet Dato' ct nurhaliza kate ko.. hahha..

Lame betul xmenjengah ke blog kesayangan hamba.. Bukan per Bz benau mak jemah ni..

Bz berbisnes.. Skang ni memanjang dok berqaseh jer.. Buka Pc Qaseh.. Buka Hp Qaseh.. Buka Tablet pun Qaseh..

Qaseh amenda ni??

Qaseh Gold la sayang.. sekarang ni tgh fenomena Qaseh Gold.. Produk bumiputera Islam yg meletops lagi SoLARISSSS!!. Stok manjang jer xcukup, sebab bila da tahu tentang kebaikan Qaseh Gold Ni.. Sayang dah nk tinggal.. Dah la sedap, murah, mudah, mujarab.. In Shaa Allah.. Anda xpayah nak fikir banyak..
Dengan pengambilan Pagi & Malam.. In Shaa Allah.. yg sakit akan sembuh dgn IzinNya, Yg mengantuk akan cergas sentiasa, Yg pemarah akan tenang emosinya.. kerana Qaseh Gold 

mengandungi ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu,
Za'faran, Habbatus Sauda', buah tiin, Zaitun & Air Zam-zam.. Diperkaya lagi dengan 


kehebatan herba tradisi seperti Gimgko & Sireh. KINI DENGAN KHASIAT DELIMA & 

ARABIC GUM lagi... 

RUMUSAN TAMBAHAN UNTUK LELAKI : QASEH GOLD KEKANDA

Diperkaya dgn herba khusus seperti Guarana, Tribulus & Ashwaganda.

RUMUSAN TAMBAHAN UNTUK WANITA : QASEH GOLD ADINDA



Diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani..


Ehh bukan untuk Adinda & Kekanda jer.. Untuk Anak2 Seawal usia 1 tahun pun ade..

QASEH GOLD JUNIOR :: KHAS UNTUK JUNIOR ANDA!!
QASEH GOLD JUNIOR mengandungi ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Za'faran, Habbatus Sauda', buah tiin, Delima, Zaitun & Air Zam-zam..  

DENGAN TAMBAHAN ---> Badam, Bayam & Kismis

Diperkaya dengan Garam Bukit, Ginko biloba (terkenal sbg Herba Minda), Delima, Gam 


Arab (sbg prebiotik semulajadi) & Pegaga.



Jadi kenapa perlu ragu2 lagi... Order sekarang!!

boleh PM/Whatsapps: 013-2322081

Like FB Page : Anz Qaseh Marketing 

Atau Add FB saya : Adiwina Arif


Senarai Harga (tidak termasuk kos penghantaran)

Qaseh Gold Kekanda : RM71.90

Qaseh Gold Adinda : RM71.90

Qaseh Gold Junior : RM60.00

SOLE (Pati Garam Mineral) : RM52.00










Thursday, October 3, 2013

QASEH GOLD

Apa manfaat yang kita perolehi dengan amalkan QASEH GOLD :

Kita akan lebih bertenaga untuk menjalankan tugas harian

Menguatkan ingatan dan jika amalkan dengan istiqamah boleh mengelakkan gejala "nyanyuk"

Sangat baik untuk wanita mengandung atau bersalin

Atasi masalah buasir dan sembelit

KENAPA saya katakan begitu?

kerana ia mengandungi KURMA

Jom kita perolehi sedikit ilmu dengan KURMA 


Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan 


boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan 

tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian 

daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat

 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah 

beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan 

kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu


 peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“

Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan 


dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih 


kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni 

sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula 

adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan

 tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, 

potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera


Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah 


lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap 

oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi

sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim 

sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang.


 Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. 

Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“

Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan 


tenaga 

segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam 

kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.



2) Kaya dengan serat dan potassium


Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat.


 Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak 

larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang 

tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g 

Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium 

adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan

 apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 

100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan 

beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot 

termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3) Penguat memori


Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun 


hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang 

sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin


Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa 


AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti 

Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah 

selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang 


masak,”Surah Maryam, ayat 25.

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan 


akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran 

darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan 

mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya 

(Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun


Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada 


terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit


Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam 


dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit


Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. 


Kurma mencegah ini dari berlaku.

Produk yg sgt sesuai untuk seisi keluarga..

dari alam Kehamilan, bayi, kanak2, remaja, ibu, bapa 


sehingga ke peringkat atuk n nenek..

jika anda berminat untuk mengetahui mengenai Qaseh Gold


 secara lanjut boleh ke page saya ^_^Saya sedia menjawab

 pertanyaan anda.. nak order pun boleh..

InsyaAllah.. Mudah Murah dan Mujarab dengan


 QASEH GOLD..

NEONATAL JAUNDICE @ DEMAN KUNING

Back to Sunnah....

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.


Sila baca yer..


NEONATAL JAUNDICE

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.
Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) dan 

Exchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.
UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1)
Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit
zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati
delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan
kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan
buah tiin setiap 3 hari.

6) Menelan
minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil
berselawat sebanyak mungkin.

Dengan Pengambilan QASEH GOLD semasa hamil... anda tidak perlu lagi mengambil semua di atas.. kerana Qaseh GOLD diperkasakan dengan bacaan Al-Quran dan doa-doa khusus oleh kakitangan yang sentiasa di dalam keadaan berwudhu yang Insya-ALLAH menghasilkan produk yang bertaraf HALALAN THOYYIBA 

(HALAL LAGI BAIK).

Kehebatan QASEH GOLD - gabungan pemakanan SUNNAH yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan 


herba tradisi serta penyediaannya secara Amalan Pengilangan Islamik (IMP).

Banyak manafaat jika kita mengamalkan makanan Sunnah (QAaseh Gold)
Produk yg sgt sesuai untuk seisi keluarga..
dari alam Kehamilan, bayi, kanak2, remaja, ibu, bapa sehingga ke peringkat atuk n nenek..
jika anda berminat untuk mengetahui mengenai Qaseh Gold secara lanjut boleh ke page
saya ^_^
Saya sedia menjawab pertanyaan anda.. nak order pun boleh..
InsyaAllah.. Mudah Murah dan Mujarab dengan QASEH GOLD..

Tuesday, October 1, 2013

ANZ Qaseh Marketing

Hai semua.. saya dengan ini nak mewar-warkan kepada semua.. 
saya adalah pengedar sah Ana Edar..
So kepada sesiapa nak buat pertanyaan atau nak order QAseh Gold @ produk lain. 

sila like page saya di FB (Anz Qaseh MArketing)


Anda Sayang Rasulullah s.a.w? 
Jom amalkan apa yang Rasulullah makan! Jus Qaseh Gold mengandungi Makanan Sunnah.

::SEDAP::MURAH::MUDAH::MUJARRAB::

Semua Dengan Izin ALLAH s.w.t. Mari Berikhtiar!


[9 BAHAN-BAHAN UTAMA DALAM QASEH GOLD]

------------------------------------------------------------

1-AIR ZAM-ZAM-->air terbaik dunia, paling suci, bersih, berkualiti ,kaya mineral

2-KURMA-->pelbagai khasiat & nutrisi untuk tubuh & emosi

3-MADU-->''..dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia...(An-Nahlu:69)

4-HABBATUS SAUDA'-->penawar segala penyakit (riwayat bukhari)

5-DELIMA-->antioksidan tinggi untuk mencegah kanser, juga baik untuk kecantikan tubuh wanita

6-BUAH ZAITUN--->buahan yang disebut dalam Al-Quran (an-Nur ayat 35)

7-ZA'FARAN--->Raja segala rempah kerana harganya sangat mahal setanding harga emas pasaran!

8-ARABIC GUM-->mengandungi prebiotik semulajadi yang baik untuk perut

9-BUAH TIIN-->Allah bersumpah dengan buah tiin di dalam Al-Quran, bermaksud padanya ada tanda-tanda kebesaran Allah

~QASEH GOLD SUNNAH DRINK~

Wednesday, September 18, 2013

Home Deco.. Wall Stickers

Holaaa...

Lame nau xhapdet belog.. terase diri bizi yg dibuat2.. hahaha boleehh gitu??
Alalng2 da terbuka belog ni, terasa lak nak cerita pasal home deko ni..
teringin nak rumah cantik tp bujet yer nan ado!! alahaiii..

beberapa bulan lepas mase belum puasa la rase yer.. ajak encik Suami g jenjalan kat GM Klang..
nak cuci mate.. sambil2 cari baju raya..
Ade banyak baju yg cantik2 tapi harga omakaaaiii... mahal betul..
sudah jer.. xjadi nak beli.. pasrah jer..

tapi jalan2 terjumpa sticker murah.. ape lagi.. senyum lebor ler.. da lame nak cari sticker ni..
cari online sume mahal2 jer.. xmampu akaq.. ni cuma rm2 .. beli 6 rm10.. murah hokehh..

so belek punyer belek jumpa plak yg lebih kurang pernah terberkenan dlm tenet hari tu..

Cantikkk x?? yg ni da lame do aim jer.. xsangka jumpa sebijik camnie.. 

maka ku rembat sajer.. amik 2 cukup.. kiri kanan..
pastu yg lain2 ku beli untuk taska biras ku kt seremban sane..
harap2 da tampal la.. hahhaa..



Okey ni hasil yer.. omey x?? 

Dah kerja aku hari2 dok tenung benda alah ni.. mcm umah flat tukar jadi kondo.. hahaha
rase la kerlasss skit.. bak kate abah aku.. "hah buat camni bru la kreatif sikit"


so lepas ni misi nak tampal cermin2 kt bahagian atas..
tp En.Suami ckp nk beli lg.. nk tambah tengah2 plak.. xrase banyak sgt ker?? huhuhuhuhu...

Thursday, June 20, 2013

Birthday En.Suami

Holla...

Dah dua hari birthday en.suami..
baru teringat nak buat entri ni..

saje nak buat kenangan..

hari birthday tu aku xde pulak amik cuti ke hape.. wat macam biase jer..
aku bgtau dia nak buat suprise tapi duit xde.. bolehh? menipu betul bini kamu ini...

padahal dalam kepala da macam2 pikir..

nak masak ke, beli Mcd ngan kek jer..

dah nak dijadikan cerpen.. member office ajak g giant...
beli kek untuk bday member..

aku pun ape lagi.. 15minit before time nak lunch kami dah ada dalam kereta.. hahaha..
gigih x?

sampai giant aku terus masuk kedai kek king..
(kedai kek ni mmg feberet aku dari secret resipi tu.. muak hokehh..)

pastu teringat lak aku de simpan baucer 50% kedai kek tu.. wahhh ape lagi bersinar harapanku..
jimat bujet wehh.. hahahaa...

dah menung2 aku pun pilih kek black forest.. niat hati nak beli kek mango yang gile sedap tu..
ate udah habis ler kome..  ni dia kek yer..
sila ignore letter N yg sudah peyet ditimpa strawbery.. -_-"















(harga kek aku Rm 68 + kek member Rm78
so total Rm146 tetapi ku bayar cuma rm73, eh siap pakai baucer rm3 lagi.. jimat yer.. )

Dah tu aku ajak kawan aku masuk dalam giant tu..
klu ade lamb shoulder yang dah diperap tu..
aku masak jela... xpayah beli McD..haha
sekali hari ku betul2 bertuah.. memang ade..
so amik 4 slice cuma RM14.01 jer.. murah weiii...
cari lak sos black paper ngan cendawan tin..
pastu amik salad campur.. kuah yer kau bantai wat sendiri jela..
kate tengok masterchef..xkan xbole buat kannn...
pastu aku ter'lalu' kat pick n mix tu..
ter'pandang' lak onion ring ngan kentang bentuk jaring tu.. ter okeh... heh!
ini memudahkan kerja aku ni.. hahahahaha...
jadi balik rumah.. ting tong ting tong dalam 6.30 ptg masak.. 7.10 minit da siap..
kate yer pun sume segera.. senang kerja la mak cik.. hhihihi..
okeh ni la lamb chop with love yg aku dok tayang kat FB.. mohon pujian sebenar yer..
alahai takbur yer aku.. Astagfirullahaladzim!!














so total pembelian cuma Rm 60 +- la.. ini la dia suprise yg xseberapa..
janji suami happy..

notakaki#hadiahblombelilagi#


Monday, June 17, 2013

Selamat HAri BApa..

Selamat Hari BApa Buat Abah tersayang.. dan juga untuk Abah mertua ku...
sajak ni dah pernah post pada entri tahun 2009.. ni kiranya re-post balik ler..

tapi aku ada edit sikit2..

Sajak ni special untuk Abah aku..
dan juga semua abah2 di dunia... ^_^

Abah..

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…

abah...

semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang puteri raja

abah…

ketika aku mengalah… engkau semangatku
ketika aku sakit…engkau penawarku
ketika aku bersedih…kau air mataku
ketika aku ketawa...engkau riangku
dan ketika engkau berduka?

aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa buat abah

Kami sayang Abah....

Friday, May 31, 2013

Merancang Zuriat Soleh..


Picture ni aku jumpa kat FB.. 
so rase nak share dengan korang la.. 
semoga sama-sama kita beroleh manfaat.. InsyaAllah
Jom kita sama-sama amalkan.. 
Buat Pasangan yang belum mendapat zuriat..
Perbanyakkan Istighfar, Sedekah Dan Doa..



Wednesday, May 29, 2013

Hari ni Demam + migrain

tajuk macam nak menagih simpati jer..hahaha..

dah tak de idea leetuww nak di update belog.. hishhh..

malam tadi sambil2 tunggu pelawanan JDT vs Pahang.. kepala da berdenyut2 sakit..
tunggu punya tunggu last2 perlawanan ditangguhkan.. aduh la hai..

haip.. jangan salah sangka yer.. aku bukan peminta bola tegar.. 
aku cuma bosan xde cerita nak tengok malam tadi.. 
jadi teringin la nak tahu sape yang lawan kelantan final nanti.. tu jer pun.. hihihi

soo.. lepas makan ubat maka ku tidor kan diri seorangan sebab en.suami shif malam..
perasaan sangat xbest bila kau tak sihat laki kena kerja.. tapi redho saje lah..

ape pun aku tetap gagahkan diri datang kerja pagi ni.. 

pastu lepas taklimat aku jumpa bos wat muke 5sen.. minta halfday.. tak larat sangat ni wehh..plus plus cik P menyerang.. bertambahlah ketidaklaratan diri.. ayat ntah betul ke tidak ni... :P

*muke 5 sen jer.. klu wat seposen takut tak dapat halfday.. boleh gitu??? hahahaha..

Esok jangan la kau minta mc pulak.. kate ye pun orang tengah sibuk nak buat pendaftaran baru.. kang pepasal plak menjadi kemarahan orang pulak.. okeh la.. 

nak rehat2 jap cari kegagahan diri untuk drive balik.. semoga dapat berehat la kat umah nanti.. tolong jangan terlebih rajin masak ke ape plak.. rehat!! -_-

Tuesday, May 28, 2013

Doa Mendapatkan Zuriat..

Jom amalkan doa ni...


















Sesiapa yang inginkan zuriat rajin2 lah baca doa ni..

yela.. inginkan sesuatu tak kan nak mengharap bulan jatuh ke riba..

kenalah usaha, doa, dan jangan mudah putus asa..

aku nak cakap lebih2 pun aku tak la pandai sangat..

sebab aku pun dalam proses berusaha lagi..

jom sama2 kita berusaha.. 

InsyaAllah semoga suatu hari nanti aku akan punya zuriat sendiri.. amin... ^_^



Monday, May 27, 2013

waaa.. Dia datang la...


huh.. 

baru je nak felling2 pregnant.. 

owh dia datang lak.. cik P ni memang..

suke nau main cak cak.. 2,3 bulan lepas g ngurut elok je timing yer..

skang ni dia buat dah.. hok aloh.. 

tak ngape la.. tak de rezeki lagi nampaknya..

makanya.. lepas ni berusaha la dengan gigih.. tettt.. (-_-")

hahahaha.. dah mood tengah tak stabil ni.. 

kejap gelak kejap marah2.. 

ting tong jap.. 

rasa macam nak coti plak.. boleh gituu?? 

sebenarnya monday blues lagi ni.. 

ehh yeker monday blues? aku rase aku ni hari2 kerja sume blues.. =P

adehh.. jangan layan perasaan tak stabil ni.. 

sekian entry merapu.. baiii... 



Thursday, May 23, 2013

Perasaan yg Pelik

Holla..

xde ape sangat pun nak update...

cuma 2 3 menjak ni badan rase xsedap...

cepat penat, pening, kekadang rase mcm nak pitam jer..

kat office pas solat mesti kne baring kejap.. klu terus bangun rase berpusing2..

lagi satu loya2 nk muntah.. gediks kan?? bau gulai loya, bau perfume loya, 

bau wet tissue yg dok pakai hari2 tu pun nak meloya jugak.. adehh..

emmm.. apekah?? cik P pun datang lagi.. 

tp da check upt result minggu lepas -ve plak.. *ngade nak check..pdhal awal lagi.. 

tanda2 sengugut ade tp sekejap2 n sikit2 jer.. ntah lah..

malas nak berharap.. berdoa sajelah.. kalau ada syukur Alhamdulillah..

kalau tak de pun aku redho.. 

---> redho itu pasrah..pasrah itu menyerah.. hahaha tetiba teringat dialog ni.. -_-"


p/s:: hari ni da 37 hari sejak cik P bulan lepas.. 
          ada kemungkinankah?? tunggu sajelah.. huhu*tolong doakan aku yer.. :(

Wednesday, May 22, 2013

Rintihan Hati..

Rintihan Hati.. Hati merintih.. ouch!!

dah macam tajuk novel kesah yer... hahaha
saje2 nak merintih kat blog ni.. bukan ade orang bace pun..
merintih kat orang belum tentu orang paham.. merintih kat blog, 
orang yang bace lagi la xpaham..

cuma merintih mengadu pada Nya sahaja yang mengerti perasaan hati ini.. T_T

Adoii haiii ayat.. novelis betul.. 
dua tiga hari ni dok baca blog orang jer.. masing2 ada masalah sendiri..
haihhhh.. mengeluh lagi.. Ya Allah tabahkanlah hati hambamu ini..
ntah ape yang nak dikeluh kesah sangat pun xtau..

tapi hari ni mood artis aku telah dirosakkan oleh sesuatu.. 
terus jadi down.. td pakai Slingback Wedges skang terus tukar selipar jamban.. 
nampak x perumpaan aku yang xjadi tu?? hahaha 

Semoga hari ini dan esok lebih baik dari semalam.. 
dan semoga kita jadi lebih baik dari sebelumnya.. InsyaAllah... ^_^






Thursday, May 16, 2013

Selamat HAri Guru.. ^_^

Selamat Hari Guru Buat semua guru2 di Malaysia..

Tanpa anda siapalah saya sekarang...

Ingat je Hari Guru terus ingat lagu yg cikgu nyanyi..sampai skang hafal kot..

cikgu skang nyanyi lagi ke lagu ni.. xbrape pasti la.. ^_^


Lirik Lagu Kami Guru Malaysia (Lagu Hari Guru)
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Ape2 pun.. selamat hari guru buat semua guru2..

terutama skali cikgu2 yang saya kasihi di :

1. Sek.Keb. Kutan, Wakaf Bharu Kelantan.
2. Sek. Men. Mahmud Mahyiddin Pasir Pekan, KOta Bharu, Kelantan
3. Pensyarah Kolej Yayasam Mara (KPTM Kota BHaru)
4. Pensyarah Kolej Unikop Kuala Lumpur (KKB UiTM)

Terima kasih sbb bersabar mendidik saye yg talkative n periang xtentu pasal ni..
kadang2 xdengar cakap..nakal sikit tu biasa..

Cikgu yg paling saya igt..
Cikgu Ghani (darjah 5 n 6) yg suka sgt nyanyi lagu P.ramlee, mkn sama2 kat kantin..
dia mcm seorang ayah kpd saya..
Cikgu Salleh.. mengajar mase saya darjah 1 n 2.. seorang penyayang..
setiap kali tgk dia saya akan igt arwah atuk.. huhu
Cikgu Rahmah (Ting 4 n 5) cikgu Bm yg paling best di dunia..
saya dulu xpandai wat karangan langsung..
Dia berusaha gigih untuk menaikkan balik score bg matapelajaran BM..
saya xtahu dia di mana sekarang..
tapi saya sgt terhutang budi dgn beliau sbb tanpa dia saya xmungkin boleh menulis
novel(masih dlm proses yer.. tolong jgn tye tajuk ape.. hahaha) dan blog mcm sekarang...
Cikgu Raihan.. mengajar matematik.. subjek paling saya xsuka mase sekolah..
tp bila da masuk kolej saya tau.. matematiklah subjek paling senang n seronok
bila kita da betul2 faham.. Ecehh..
Cikgu Wee Chein.. cikgu add mate yang selalu marah saya sebab dapat 0 setiap kali ujian...
(haha.. pengakuan ikhlas okehh...) Tp sekarang saya sgt suka dgn add mate.. n bercita2 nak sambung degree dalam bidang matematik/ Kuantitatif.. InsyaAllah..

ramai lagi cikgu yg saya igt tp xtersebut di sini..
dan ada sebahagian sudah meninggalkan kita.. Al-Fatihah...


P/s:: rindu nak masuk balik ke zaman persekolahan.. rindu sangat2 nak jadi budak nakal.. ^_^
























Wednesday, May 15, 2013

Happy Birthday My dear Sister... (^_^)

Hari Ni 15 Mei 2013

Dalam xsihat ni teringat plak blum wish Birthday untuk adik aku lg...

Ni sesaje buat.. yg mane lagi cantik yer?? hihihi

Ape pun Selamat hari Jadi buat Adielah Arif..

Semoga Berjaya dalam hidup,
semoga berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang..
Jangan lupa diri n orangtua..
jangan Tinggal Solat.. itu yang utama...
Semoga berbahagia dalam hidup.. LOve u sis..
ke nak sebut name glamer kat umah..

Aspalela the kerempeng girl.. hahahahHAhahah ahaA.. (gelak jahat giler..)

Da tua da budak Aspalela ni...

Bagi hadiah ni je boleh x?? muahahaa

Thursday, May 9, 2013

L0vE.LiFe.LaUgH

L0vE.LiFe.LaUgH 

blog baru saya.. jom la melawat di sini..

Kebanyakannya mengenai info2 untuk bakal pengantin.. 
tp masih dalam proses pembikinan lagi.. Eh..cam movie lak.. hihi

maknanya xbanyak entri lagi la.. tunggu la kerajianan datang menjengah.. huhu

walauponn start pada 2009, tapi kurang aktif..

yang ade ni pun selalu bersawang jer.. hahaha.. (ada hati nak buat blog baru.. muahahaha)

InsyaAllah akan cuba mengaktifkan diri.. 

maklumlah banyak sangat jawatan nak dipegang.. 
(isteri, anak, pekerja berwawasan??)
blum jadi mommy lagi tu... haihhh.. 
(-___-")


Wednesday, May 8, 2013

Blog Baru

YEahhh.. Aku nak buat blog baru..

Blog ni khas untuk bakal pengantin yang sedang mencari idea..

Da lame nak buat.. tp xde masa..

Kali ni xcampur ngan keluh kesah peribadi la.. hihihi..

Wish me luck..

InsyaAllah.. ^_^

Wednesday, February 27, 2013

6 Bulan Sudaaa....

Assalamualaikum w.b.t

Holla.. Entri 6 bulan ni bukan sbb pregnant 6 bulan tau... :)
tapi da 6bulan kan x update blog ni...
Tapi klu pregnant pun Ahamdulillah... hihihi
Sepanjang 6 bulan xde ape utk di update sgt kot..
tawaran berlakon pun xde lagi... (wahh tetibee...)

Cuma Bz dengan kehidupan sehari-hari sebagai pelakon dibumi Allah...

yg penting masih lg gemuk tembam mcm dulu.. tetap xkurus walaupun 0.1 gram.. hahahaha..

tak kesah apa orang nak kate.. Yg penting bahagia.. (^_^)v







Share IT!

follow me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...