Indahnya saat cinta bersatu.. ahaksss.. (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

sayang kamuuu... (",)

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, May 23, 2009

TAFSIR MIMPI TENTANG PAKAIAN DAN PERHIASAN


Mimpi beli pakaian.
Maknanya janganlah banyak mempergunakan fikiran tentang yang akan datang.

Mimpi anda berpakaian.
Bererti anda akan datang masa susah yang tidak terduga-duga.

Mimpi memakai pakaian seorang janda.
Maknanya anda akan hidup umur panjang.

Mimpi memakai pakaian rumah yang agak kotor.
Maknanya anda akan dapatkan salin pakaian yang baru lagi.

Mimpi menjahit pakaian sendiri.
Bererti anda akan menemui kenalan atau cinta yang baru.

Mimpi baju robek.
Alamat akan datang kematian atau susah besar salah satu dari keluarganya.

Mimpi mendapat baju besar.
Akan memperolehi keuntungan atau pangkatnya naik.

Mimpi kehilangan bajunya.
Akan bersusah hati.

Mimpi pakai topi.
Kedudukan anda yang selama ini tidak juga naik-naik akan segera meningkat.

Kehilangan topi.
Anda akan kehilangan dan ketiadaan lagi pekerjaan sebagai sumber hidup anda.

Mimpi berbaju hijau.
Akan dapat barokah Tuhan.

Mimpi memakai baju putih.
Anda akan dibicarakan ( buru atau jahat ) oleh orang lain.

Mimpi berbaju sulaman atau berenda.
Anak cucunya akan memperolehi rezeki.

Mimpi memperoleh sapu tangan.
Akan timbul perselisihan atau pertengkaran baik terhadap isteri/ suami iaitu yang
dah kahwin atau bagi pemuda terhadap teman-teman.

Mimpi dapat selimut baik.
Bererti anda akan memperolehi sedikit kekayaan.

Mimpikan emas.
Bererti anda akan menghadapi kesejahteraan hidup atau kekayaan.

Mimpi berpakaian indah dan bagus.
Maknanya anda harus berhati-hati dalam dua tiga hari sesudahnya kerana wang
yang anda kumpul sekian lama akan hilang tak tahu kemana perginya. Sehingga
demiakian anda sukar untuk hidup.

Mimpi jual kain.
Bererti anda akan beruntung dalam sesuatu usaha.

Mimpi beli kain.
Ertinya tambah sahabat kental.

Mimpi memberi kain kepada orang miskin.
Ertinya anda akan menemui hadiah dengan tidak dicari-cari.

Mimpi bergelang tangan.
Maknanya alamat akan tersesat segala kehendaknya yang pernah dicita-citakan.

Mimpi diberi keris
Alamat akan mendapat jodoh atau teman hidup yang baik.

Mimpi bersabuk emas.
Alamat akan panjang usianya.

Mimpi pakai giwang.
Ertinya kehidupan akan normal. Jika ia memberi giwang tandanya pekerjaan
anda akan mengalami kemacetan.

Mimpi pakai kalung atau seseorang memberi kalung.
Ertinya anda akan mempunyai suami yang tulus hati dan berbudi pekerti yang baik
sekali.

Mimpi memecahkan kacamata.
Bahawa anda akan menderita suatu pekerjaan walaupun sederhana. Dan jika anda
memakai kacamata sedangkan kebiasaannya anda tidak memakai maka anda akan
menghadapi perselisihan disebabkan salah faham.

Mimpi pakai kaus tangan.
Dalam pemilihan anda akan berhasil.

Mimpi kekeliruan memakai sarung tangan.
Ertinya anda banyak keliru dalam segala hal.

Mimpi menjahit kaus kaki.
Anda akan mengalami kesukaran yang besar walaupun pada mulanya soal kecil.

Mimpi kehilangan kemeja.
Bererti anda akan mengalami kerugian besar dalam dagang.

Mimpi sedang memakai kemeja.
Maknanya anda akan ditolong dalam sesuatu usaha.

Mimpi memegang kipas.
Bererti anda akan mendapat kegembiraan sesudah beberapa saat anda bersusah
payah.

Mimpi melihat atau memakai payung.
Maknanya baik, iaitu ada sahabat yang datang menolong andadalam penghidupan.

Mimpi memakai pedang atau menggunakannya.
Bererti anda dalam usaha akan ada orang yang berikhtiar membelokkan.

Mimpi memakai atau melihat pen.
Maknanya anda akan bergembira dalam vakansi yang akan datang.

Mimpi sedang merokok.
Maknanya anda akan sukses dalam segala rencana. Jika mimpi melihat asap dari
rokok maka ertinya anda akan segera mendapat khabar baik.

Mimpi sandal.
Anda akan mendapat kemajuan dalam rumah tangga.

Mimpi menemukan sapu tangan.
Anda akan menemukan seorang sahabat baru.

Mimpi melihat atau memakai selendang dileher.
Anda akan menerima khabar gembira dan bahagia.

Mimpi selimut koyak.
Anda akan terlibat dalam kesusahan kerana perbuatan lupa.

Mimpi dapat sepatu.
Anda dapatkan budak yang baik.

Mimpi sepatunya mendadak robek atau rosak.
Akan ada keluarga yang tertimpa sakit.

Mimpi melihat selembar serbet.
Alamat sangat baik. Sedang mimpi mengambil serbet dilantai tanda suatu
kemajuam dalam hidup.

Mimpi membersihkan pakaian atau topi dengan sikat.
Bererti anda akan mendapat kedudukan yang pernah dipercayakan.

Mimpi menyikat rambut atau gigi.
Maknanya anda akan membuat perubahan yang akan baik.

Bila seorang bujang mimpikan memakai pakaian sutera.
Maka maknanya ia akan kahwin dengan seseorang yang boleh di kata ganteng, dan
jika wanita atau lelaki yang mimpi itu telah kahwin maka maknanya akan
menerima warisan yg banyak jumlahnya.

Mimpi diberi cincin.
Bererti anda akan segera kahwin.

Mimpi pakai topi.
Anda akan dimintai untuk menerima jabatan baik yang sekian lama kini anda
inginkan.

Seorang wanita bermimpikan memakai tudung yang tebal.
Bererti janganlah memakai pertimbangan sendiri untuk ingin merencanakan
sesuatu usaha atau sosial.

Mimpi menjatuhkan tusuk rambut.
Anda akan menerima sejumlah wang yang selama ini selalu ingini.

Mimpi memakai wangi-wangian yang amat harum.
Adalah sesuatu tanda akan berhasilnya cinta dan perkahwinan akan berbahagia.

Mimpi bahawa barang-barang perhiasan hilang masuk sumur.
Akan timbul sesuatu kejadian yang tidak terduga-duga dan tidak disangka
sangka datangnya.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila diet vna..lupakan nasi lemak cik yah..huhuhu

LilySlim Weight loss tickers

follow me